My Mood . My Hope . My Pray .

7th August, 2014 : Hello there! It's been a long time. Miss me? *muntah hijau*

10th Oct, 2011
: Yey! LI dah nak habis. So, presentation, log book & report. Mana? Entah... Hehehe~

Tuesday, March 30, 2010

BILA...

Bila semuanya bermula
aQ dan mereka hanya mampu tertanya-tanya
apakah kesalahan dilakukan hingga kau perlakukan sedemikian rupa..??

Bila semuanya bermula
tiada sepatah kata yang boleh kau terima
walau hanya gurau dan senda

Bila semuanya bermula
kau pergi dengan tiada kata
hanya dengan raut muka yang seperti tiada apa

Bila semuanya bermula
kini hanya tinggal aQ dan mereka
yang masih memikirkan mengapa terjadi semuanya



Bila semuanya terjadi
mengapa kau hanya berdiam diri..??

Bila semuanya terjadi
kenapa mesti menjauh diri..??

Bila semuanya terjadi
susahkah kita duduk bermuhasabah diri..??

Bila semuanya terjadi
mengapa tidak dikenang kebahagian yang pernah dikecapi..??

Bila semuanya terjadi
apakah maaf yang perlu aQ dan mereka beri..??



Bila sudah tak tertahan lagi
kau pergi dengan sesuka hati
meninggalkan aQ dan mereka berkali-kali
terpinga-pinga mencari erti

Bila sudah tak tertahan lagi
kau pergi dengan teman yang mengganti
tanpa berfikir apakah di hati aQ dan mereka ini..??
adakah terluka diperlakukan begini..??

Bila sudah tak tertahan lagi
segala usaha aQ dan mereka untuk rapat kembali tidak kau endahi
sehingga tangisan memalukan yang kau beri
apakah segala kenangan telah kau kikisi..??

Bila sudah tak tertahan lagi
aQ dan mereka hanya mampu berimaginasi..
apakah semua ini mampu diatasi..??
bilakah semua akan berhenti..??
bagaimanakah semua ini diakhiri..??



Senyuman atau tangisan..??

0 comments: