My Mood . My Hope . My Pray .

7th August, 2014 : Hello there! It's been a long time. Miss me? *muntah hijau*

10th Oct, 2011
: Yey! LI dah nak habis. So, presentation, log book & report. Mana? Entah... Hehehe~

Tuesday, April 26, 2011

Angin oh Angan! (Three Things to do with My-Love-I-Called-Hubby)

Ehem~ Oleh kerana Wani dan Aman baru je selesai satu stage untuk ke gerbang perkahwinan, jadinya Aku pun dah terkena badi dorang lah sikit. Hoiyt~ Bukan nak tunang la! Badi dalam-hati-ada-taman.. Hehehe~

Ok. Masih tak ada kena mengena antara Aku dan pasangan, sama ada yang masih hidup atau pun yang telah mati dalam hati. *parah no bunyinya* Eheh~

Bila dah malas, jadinya macam ni lah. Blog Aku dah jadi macam sambal belacan basi. Jadinya, kali ni rasa macam nak senaraikanlah aktiviti atau perkara yang Aku nak buat sangat, sebelum Aku... er~ hmm~

Senarai impian pertama;

Naik kapal terbang : Sadis je kan impian Aku ni? Orang lain dah berbatu-batu gi jalan-jalan naik kapal terbang. Aku? Ok, kau masih kira batu, sebab tu tak maju. Geh~ Naik yang mainan punya je la yang ada kat KLIA tu. Impian ni Aku da teringin sejak Aku sekolah rendah lagi. Masa tu Mak Ayah nak pergi Mekah. Aku nak ikut. Tapi pala hotak kau. Nak gi Mekah tu berapa ribu nak tanggung Aku ni kan? Lagi pun, nak ikut sebab nak naik kapal terbang. Tu je. Alaa~ Budak Kecik lagi masa tu. Memang la tak ingat ibadat lagi.

Bila dah besar sikit, masuk tingkatan tiga, Aku hajat lagi nak naik kapal terbang. Kali ni Aku azam nak dapat A banyak-banyak untuk keputusan PMR. Mana tahu ada rezeki masuk SBP, Aku nak lah pilih kat Borneo. Boleh dapat naik kapal terbang. Sekali keputusan, harammmmm.

Bila dah dapat keputusan 'membanggakan' tu, Aku pun buat azam jangka panjang. Aku azam, Aku akan pastikan Aku dapat rasa naik kapal terbang sebelum umur Aku 20 tahun. Dan alhamulillah, 7 Jan 2010, dapat jugak Aku makbulkan impian pertama ni. Masa tu umur Aku kalau ikut tahun memang la dah 21. Tapi Sebab Aku lahir Mac, kira masih 20 lah eh.. eh..~

Terima kasih sangat-sangat kat diri Aku sendiri yang dah susah payah menjayakan hasrat Aku ni. Link terbaik yang beri Aku peluang ni adalah Overseas Academic Tour (OAT). Kalau tak ada kelab ni, Aku pun tak tahu umur berapa la Aku baru dapat rasa naik belon. Paling best mestilah Mak Ayah Aku. Dorang lah bagi duit belanja duit makan untuk Aku lepas ke tahap dapat pergi Saigon dan Seoul. Kawan-kawan yang paling kuat support mestilah SISH dan house mates, classmates, ahli kumpulan orientasi dan warga Unisel. Kalau dorang tak beli tiket rumah hantu wayang pacak segala, comform Aku kena keluar duit sendiri bayar duit tiket tu.. Hehuw~ Terima kasih sangat-sangat kepada semua yang dah sokong Aku. Hee~ Ucapan budget menang anugerah je kan?

Senarai impian kedua;

Terjun Bungee : Fuh~ Yang ni memang dari sekolah lagi Aku teringinnnnnn sangat nak cuba. Semua pun dari zaman sekolah - nampak benar kuat berangan, kan? Heh~ Tapi tu la. Tah mana nak cuba kat Malaysia ni, Aku pun tak tahu. Tak buat research lagi. Tapi masa kat Seoul hari tu, ada terjun bungee ni. Tapi disebabkan masa tu tengah salji tebal, suhu pun negatf 12 darjah selsius, maka dorang tak dapat nak jalankan aktiviti tu. Hmm~ Lain kali la nampaknya. Tunggu ada rezeki lagi sekali.




Tapi, ada sekali tu, masa tengah tengok Reply's Believe It or Not. Ada satu kisah dimana ada seorang lelaki ni dah fobia sangat-sangat dengan tempat tinggi. Sebabnya, masa dia pernah buat terjun bungee, dengan terujanya nak rasa extreme ke tak aktiviti tu, tiba-tiba tali bungee dia putus dan dia jatuh. Mana? Gaung ke apa. Tak ingat Aku.

Tapi apa-apa pun, hidup mati sakit sihat Allah yang tentukan. Kalau belum ajal, orang tu yang jatuh gaung pun masih hidup lagi, ye dak? *positif positif*

Senarai impian ketiga;

Belon panas : Hello, yang ni kiut ok. Belon panas ni gara-gara kuat tengok kartun Pokemon dulu. Si Team Roket la ni punya pasal. Dorang kan ada belon panas yang bentuk Meow jahat tu. Walaupun kurang ajar kat situ. Yela, asal kucing je dorang mesti suka bagi watak jahat. Tak pun watak yang dibodoh-bodohkan macam kucing dengan burung kuning Si Twitter tu. Eh, Twitty. Tah hape je kan? Padahal kucing haiwan kesayangan Nabi. Have you smell something? *sniff sniff*


Pergh~ Naik pulak masa sunset. Memang awesome lah!


Oh la, balik semula kepada impian-impian ni. Jadinya, apa kena mengena dengan Wani-Aman-tunang dengan dalam-hati-ada-taman?

Lah, tengok tajuk la. Three Things to do with My-Love-I-Called-Hubby. So, kau berangan sendiri lah eh. Angan-angan Aku ni terlaksana kalau Aku kahwin ngan Mesut Ozil je. Huahuahua~

Eh, why hubby? Can't do with boyfy?

Can, sure can. Tapi Aku rasa tak sedap lah peluk orang dengan rasa bersalah. Aku ni penakut kot. -.-"




















































Cakk!!
















Lol~

;p



0 comments: