My Mood . My Hope . My Pray .

7th August, 2014 : Hello there! It's been a long time. Miss me? *muntah hijau*

10th Oct, 2011
: Yey! LI dah nak habis. So, presentation, log book & report. Mana? Entah... Hehehe~

Friday, April 29, 2011

Tips Menonton Scream 4 Di Pawagam Berhampiran

Ahaa~ sebelum Aku cerita pasal tips, nih nak bagi tau apa dah jadi masa dalam kelas.

Dari rumah lagi, hujan dah lebat. Jadi banyaklah kereta sibuk nak keluar rumah jugak bila Aku keluar. Bila dah banyak kereta, mestilah sampai kelas lambat kan? Ok. Lambat lima minit je. Boleh di maafkan lagi. ;)

Walaupun lambat lima minit, kelas dah penuh. Nasib ada lagi kerusi kosong. Tapi, kat depan la. Ok. Tak mengapa. Aku memang suka duduk depan. Boleh bukak mata besar-besar. Tumpuan pun lebih, pahala pun lebih, ye dak? Hehehe~

Sejak kelas bermula, Aku memang fokus. Apa Yang Puan D cakap, semua Aku ambil, Aku salin dalam buku nota buat ingatan. Kelas tiga jam. Lepas sejam berlalu, Puan D bagi murid-murid beliau rehat lima minit. Bila kelas bermula semula, haa bahagian ni yang mula Aku nak menggila!

Bayangkan, sambung je kelas semula, dari mula masuk sampai habis kelas (kelas jadi dua jam je), budak baris belakang Aku ni bercakap tak henti-henti. Kepoh nak mampus. Pasal rumah sewa dialah, pasal Sharul dekat rumah lah, pasal dah lama tak jumpa Shahrul la, bla bla bla. Sejam terakhir masa tenaga Aku bazir dengar si faking ni bercakap. Dah la duduk betul-betul belakang Aku. Dah la mulut mencibai, tangan pun tak boleh nak diam jugak. Main-main kerusi Aku. Tak tangan kaki dia pulak tertendang-tendang. Kalau ikut hati nak je Aku siku muka dia. Muka lawa make up buruk pun tak guna lah, muka buruk jugak jadinya! Muka lawa perangai tak tau hormat orang, hormat pensyarah, lagi la tak guna, sehal!

Ok dah. Malas nak ingat balik perempuan-perempuan dan lelaki bangang tu.

***************

Ok. Kembali ke tajuk asal. Tips menonton Scream 4 Di Pawagam Berhampiran! Eh~ Tengok poster dulu la eh. ;)





Ok. Tips pertama, asasnya la kan, kalau kau nak tengok sesuatu filem tu la kan, mesti kau dah tau kan klasifikasinya apa, genre nya pun apa, kan? Kalau dah tau Scream 4 ni cerita seram, kejam dan ganas. Kau tu pulak jenis pengecut tak da telur, ok lah, fine kau datang ramai-ramai dengan kawan bagi kurangkan takut kau tu. Bagus, bagus. Idea selamatkan diri. Bagus sangat. Tapi kalau dah tau ada kawan teman pun kau masih tak da telur lagi, jangan la tengok bodoh! Ni tak, bila dah takut menggagau cari telur kau dalam gelap, memang tak jumpa la. Sampai tendang-tendang kerusi orang depan. Memang kalau makan babi, perangai pun babi.

Tips kedua, kalau kau rasa nak selamat masa tengok filem tu, jangan la bawak kawan-kawan yang dah tau kau tu tak de telur. Dah tau pengecut, bawak kawan yang suka menyakat pulak, memang tak menetas la telur kau tu!

Tips ketiga, adik-adik perempuan yang pergi tengok Scream 4 dengan cikgu, silalah jangan bawak sikat ke wayang. Kalau nak bawak pun, sabar-sabarlah dik. Tunggulah sampai tandas dulu baru sikat rambut. Ni, tengah-tengah orang ramai beratur nak keluar wayang la kau jalan lenggang kangkung pot pet pot pet sambil sikat rambut. Aku nak je bantai gelak, tapi sebab kawan Aku dah tinggalkan Aku, potong grup korang yang jalan macam itik bontot besar, tak jadi nak gelak. Kang gila pulak gelak sorang-sorang. Tapi, bila ada budak macam kau, sekurang-kurangnya hilang la jugak sakit belakang Aku ni yang asyik kena tendang sepanjang sejam lebih Scream 4! Tapi ia masih perkara yang agak mengganggukan pemandangan mata lah Aku rasa. Macam back to 70s pulak, lelaki pakai sikat syampu dan sikat rambut sambil tengok cermin sisi motor sebelum jumpa awek. -___-" Akak cadangkan dik, gunalah Rejoice. Guna jari pun bileh. Aku tak pakai Rejoice.

Ok. Tips habis. Sila ambil pengajaran!

***************

Ok, sebenarnya ni ada tips lagi, tapi tak da kena mengena dengan Scream 4.

Tip satu, lepas tengok Scream 4, silalah ke Kenny Rogers Rosters dan nikmati meal set mereka yang dilengkapi dengan tiga hidangan sampingan pilihan kegemaran anda. Air, Aku suka Winter kalau siapa yang budget makanan saja dah dua puluh ringgit, tambah air... *pengsan* Ok. Aku tau korang tak macam tu. Cuma nak bagitau, Kenny Roger Rosters sangat sedap, kurang garam dan kurang kalori! ;p

Tip dua, bila korang nak balik rumah, dan jika melalui kawasan sekolah, ingat-ingatlah fungsi 'zebra crossing' tu. Kalau ada budak sekolah nak lintas, berhentikanlah kereta, kalau anda di depan. Kalau kereta anda dibelakang, dan kereta didepan dengan prihatinnya berhenti untuk budak sekolah melintas, kau jangan lah bodoh sangat pulak sampai potong kereta depan dan bawak laju. Nasib budak sekolah sorang je, dah selamat melintas. Kalau ada lagi kat belakang, kau pulak terlanggar dia? Orang depan cuma sempat hon kat kau je tanda ingatkan kau jangan nak tunjuk samseng la kat jalan. Mati bukan boleh bawak kereta Persona kau masuk kubur pun kan?

Ok. Sekian.

:)



2 comments:

katak hijau said...

bru smpat nk bka blog..hahahaa,bongek ko..siap bg tips bagai..bgus2,klau dorg bca mst dorg tobat xmo buat lg dlm wyg cm2..kekekeke

[AMR]ReenaRawee said...

hahaha~
kalau la kan.

kau, tumblr ape tak nak bagitau aQ pun!
kuang asam pny unty!