My Mood . My Hope . My Pray .

7th August, 2014 : Hello there! It's been a long time. Miss me? *muntah hijau*

10th Oct, 2011
: Yey! LI dah nak habis. So, presentation, log book & report. Mana? Entah... Hehehe~

Tuesday, June 21, 2011

Kalau Saya Diberi RM100 Sekarang, Saya Akan... [Cabaran Minggu 1]

Oh~ First, sila baca sini. :)


Selalunya kalau dapat duit belanja dari Mak atau Ayah, walaupun dari PTPTN sekalipun, Aku akan simpan 10 peratus dari jumlah wang tu, untuk masa depan. Lagipun, memang pakar kewangan yang bagi nasihat macam tu. Jadi, mulalah menabung sekarang, kerana tiada siapa yang tahu apa qada' dan qadar mereka. Lagipun, aQ pun memang ambil ISM Kewangan, apalah guna belajar kalau tak belajar kan?

Jadinya kalau dah dapat RM100 sekarang, mestilah RM10 disimpan sekarang! - Perkara pertama dibuat kalau saya diberi RM100 sekarang. =)

Ok, sekarang ada baki RM90 lagi. Sekarang dah pertengahan bulan Jun - tak de apa-apa sangat pun kat bulan Jun ni. Apa yang penting sekarang adalah, cuti semester! :D

Ehem, RM100 tu, eh maksud aQ RM90 tu, sikit la kalau nak beli makan untuk aQ seorang ye la banyak. Tapi kalau nak beli baju, seluar, beg, mekap..... Ok, tak payah nak senaraikanlah. Dah terang-terang dapat beli satu benda je pun. Paling-paling dua.

So, baiklah aQ pergi makan, kan. Lagi puas perut. Kalau nak kata makan banyak penyakit banyak, ah! Persetankan! Eceh~

Makan banyak boleh, tapi biarlah berpada, kan? Kalau RM90 kau nak buat pi melantak makan satu masa, darab pulak RM90 dengan tiap-tiap hari, memang penyakitlah. Jadinya, marilah kita senaraikan makanan yang boleh aQ makan dengan RM90. Ingat, bukan makan dalam satu masa je, dan ingat, RM90 tu tak termasuk kos pengangkutan untuk pergi melantak tu, ye. Harap maklum.

Tapi, kalau nak habiskan terus RM90 tu dalam satu masa pun tak pe jugak. Sebab orang macam aQ ni, aQ peduli apa, ye tak? Cuma tak de lah tiap hari kan, sebab tajuknya pun RM100 SEKARANG. Geh~

Jadi, nah, senarai merah (sebab tulisan warna merah) apa aQ nak isi dalam perut dengan RM90 ni. :)

1. Soy Green Tea with Chocolate Chip (Starbucks)

Oleh kerana Soy Green Tea with Chocolate Chip ni dah jadi kegemaran aQ, jadi terpaksalah dia menduduiki tempat pertama. Nah gambar air tu..

S
O
Y

G
R
E
E
N

T
E
A

W
I
T
H

C
H
O
C
O
L
A
T
E

C
H
I
P
.

Pergh~ tak ada gambar pulak. Baru perasan, aQ jaaaaaarang sangat ambil gambar air. Sorry. Teeheee~

Anyway, selalu harga benda alah ni dalam RM15.50, lepas tolak diskaun tumblre. Ada rasa macam salah eja kan tumbler tu? Heh~ Ok. Makanya,

RM90 - RM15.50 = RM74.50. Ka-ching!

2.  Kenny Roger's Roaster 1/4 Meal with 3 Side Dishes & 1 Home-Made Muffin.

Haa~ KRR punya ayam da lah lembut, sos BBQ dia pun sedap. Side Dishes aQ suka coleslaw, BBQ Baked Beans dengan Macaroni & Cheese. Tak pun Fress Fruit Salad dia - konon-konon nak pemakanan seimbang. Duhh~  Err yang lain tak pernah rasa lagi. Macam banyak je. Nah,


Set 1/4 Meal sahaja RM16.50 (tak masuk tax)


Tadaaaa~ Nah, tu, gambar KRR's 1/4 Meal with 3 Side Dishes & 1 Home-Made Muffin - Chocolate! Macam mana aQ tau dalam pinggan tu adalah dari sisa 1/4 Meal? Tengok tangan budak tu. Dye pegang KRR's Home-Made Muffin, kan? Haa, kan nampak macam pakej tu. Heh~ 

Tah gambar pelahap mana ni, tah la. aQ main ambil je. Gehehe~

Eh, jap. Nak tambah air ke? Tak yah la eh. Dah ada nombor 1 tadi. Jimat sikit. Konsep kan nak makan RM90 dalam satu masa. Ting! ^.-

So, RM74.50 - (RM16.50+16%) = RM55.35. Ka-ching!

3. Set Medium Pop Corn + Mineral Water TGV

Sorry, sebab area Klang ni TGV je ada. MBO pun ada, tapi tak pernah pergi lagi. Katanya wayang MBO murah. Tapi tak tau la kan set pop corn + mineral water dya. Kalau TGV punya RM9.

Ok. Pasti, harga ni tak termasuk harga tiket. aQ jujur nih, part ni. ;)




Nah, punyalah aQ Google nak gambar pop corn punya pasal. Air, hiraukan. Sebab kadang-kadang pun aQ minta Vanilla Coke jugak. Pelik, harga dengan air gas ni murah RM0.50 banding dengan set mineral water. Padahal air gas yang ada banyak gula. Haisy~

RM55.35 - RM9 = RM46.35. Ka-Ching!

4. Subway No. 7!

Hmm~ Selalu kalau dah lepas tengok wayang, lepas duduk dalam tempat sejuk (perangai sentiasa sopan ye, harap maklum. heh~) Mesti rasa lapar balik kan? Walaupun setakat duduk saja pun, tak keluar tenaga padahal. Lepas keluar wayang, pergi toilet kasi buang cecair tu, conform, lapar datang!

So, singgah la kejap kat Subway. Alasan tak nak makan yang berat sangat la tu. Padahal yang konon ringan ni lah harga lagi mahal dari SET McD! =="


Ni sahaja RM12.50!


Sandwich je padahal. Harga dye tu aQ pelik sungguh. Nasib baik sedap! Hehehe~ Dah lah, jom kira.

RM46.35 - RM12.50 = RM33.85.


Eh, macam tak larat dah pulak nak habis makan RM90 sekali gus. Tak pa, aQ mesti boleh! Hahaha~

5. Domino's Pizza Extravaganzza with Cheesy Double Decker!

Hahh~ Yang ni kita ambil saiz regular ajalah cukup, kan? Makan masa dalam perjalanan balik rumah. Sambil-sambil bawak kereta, sambil makan. Syiokkk kan? ^_^

Lepas tu agak-agak tak sempat nak habis dalam kereta, boleh sambung kat rumah lagi. Dah tak habis baru ingat orang-orang kat rumah nak share. Huduh no perangainya tu. Teeheee~


This is Extravagazza!


Hahh~ Rasa macam nak ambil handphone and call for delivery sekarang, kan?

RM33.85 - (RM23.80 + RM5) = RM5.05. Ka-Ching!

P/s: RM5 tu sebab gatal nak Cheesy Double Decker kan? Seronok eh main tarik-tarik tinggi-tinggi. Hehe~

6. Durian Cheese dan Mecret Recipe's Mango Delight!


Gambar ihsan dari album lama


Fuhh~ Biar betik nak makan kek Secret Recipe? Dua bijik pulak lagi. Duit tinggal RM5.05 padahal. Dua bijik ni mau dalam RM15 jugak la paling-paling pun. Mana nak dapat lagi RM10 bhai?

Haa~ tu lah yang korang tak ingat. Kan ada lagi RM10, yang konon-konon masa mula-mula dapat duit tu, nak simpan. Sepuluh peratus tu kan? Kan tak tahu qada' dan qadar kita macam mana. Haa~ Ni kira kecemasan la ni. So, masa ni lah nak guna duit simpanan kita tu, yang selalunya pun simpan masa baru dapat duit je la. Bila dah keluar berjalan, mulalah korek balik isi dalam dompet sebab keluar tadi duit semua dah habis. Tak sedap pulak rasa bila dompet kosong.

Nasib baik sepuluh peratus tu tak masuk tabung lagi, baru berangan je nak simpan. Tapi kalau masuk tabung pun, sedangkan tabung buluh pun lagi Kak Yong kau korek, ini kan pula tabung gelas plastik berpenutup edisi Rapunzel yang kau beli kat TGV. Hahahaha~

P/s: Kek Secret Recipe tak halal? Di Facebook sahaja atau di francais sama? Hmm~ Malaysia oh tanahair Qu.. =="




0 comments: