My Mood . My Hope . My Pray .

7th August, 2014 : Hello there! It's been a long time. Miss me? *muntah hijau*

10th Oct, 2011
: Yey! LI dah nak habis. So, presentation, log book & report. Mana? Entah... Hehehe~

Tuesday, July 12, 2011

2 Minit Punya Hal. Laki Aku.

Tadi Aku pergi lagi Unisel. Perjalanan dari rumah ke Unisel adalah 15-20 minit. Sebab tadi Aku malas nak pergi, tapi terpaksa. Jadinya bawak 60-8- km/jam je. Sampai Unisel, jalan gi pejabat BCI. Ambil letter head yang urusannya cuma dua minit, lepas tu balik. Perjalanan masih 15-20 minit dengan kelajuan sama. Seronok la macam ni.... Dah la harga minyak murah.

***************

Dah la. Nak cerita hal lain. Pasal Aku nak kahwin. Terkejut kan? Teeheee~ Malu...

Aku nak kahwin dengan lelaki yang dah ada kerja tetap. Yang gajinya mampu tanggung Aku dan anak-anak seramai empat orang. Kenapa empat? Kawan-kawan terdekat je tahu. So kalau dapat kurang atau lebih empat macam mana? Tu Aku tak boleh jamin. Rezeki Allah yang tetapkan. Aku hanya merancang sendiri je. Tak bincang ngan bakal suami lagi. Ngee~

So kalau sekarang dye bekerja tetap. Mana tahu nanti kegawatan ekonomi ke. Tak pun kena buang kerja ke. Camne? Kan dah cakap. Rezeki Allah tentukan. Buat masa ni biar Aku pilih yang at least nampak mana kukuhnya kewangan dye.

Kenapa kau nak yang mampu tanggung kau? Kau tak nak kerja ke? Aku rasa..... Bila dah ada anak, Aku tak nak kerja. Nak duduk rumah jaga anak Aku sendiri. Aku nak jadi orang pertama yang pangku dye bila dye bangun tidur. Bacakan doa bangun tidur kat telinga dye walaupun Aku mengaku Aku sendiri tak hafal-hafal lagi doa tu. Hee~ Aku nak jadi orang yang sangat bertanggungjawab atas setiap suapan doa makan, makanan yang masuk ke dalam mulut, darah dan hati dye. Aku nak jadi orang yang sentiasa cium dye, mandi dengan dye supaya dye tahu bertapa Aku hargai akan kehadiran dye. Aku nak jadi orang yang mendendangkan doa tidur setiap kali dye mula nak pejamkan mata.

Bila dye dah mula berjalan dan belajar mengenal perkara. Aku nak jadi orang yang mengawal pemerhatian dye. Perhatian dye pada TV contohnya. Aku nak kawal dye dari menonton cerita kartun (biasalah, budak). Sebab Aku tengok kartun sekarang ni ganas dan lucah. Aku tengok pun Aku takut dan malu. Aku nak ajar dye adab-adab kemanusiaan. Bagaimana bercakap dengan orang lain. Bagaimana melayan orang lain. Aku nak ajar dye mukadam. Belajar alif ba ta. Jawi. Kalau tak tahu jawi, macam mana dye nak belajar Quran nanti.

Aku nak bela binatang. Kucing ke, guinea pig ke, chinchilla ke. Aku nak ajar anak-anak Aku. Kasih sayang bukan hanya pada Allah dan manusia je. Tapi kena jugak pada haiwan, pokok, alam sekitar. Semua ciptaan Allah tu saling berhubung. Jangan sombong bila menjadi manusia. Nanti malu kat kucing, pokok. Kita ada otak, tapi zalim. Kita ada otak, tapi tak de hati. Kecil atau besar, mereka tetap bernyawa. Walaupun tak berkata-kata menggunakan bahasa manusia, mereka tetap punya rasa. Mereka tu tak kurang sama macam kita. Semua diciptakan Allah. Jadi jangan suka-suka nak zalimi mereka, kerana kita sebenarnya tak punya kuasa.




Bila pergi sekolah, Aku nak pastikan Aku lah orang yang memberi semangat dan menghantar dye untuk menuntut ilmu. Menuntut ilmu kerana cintakan ilmu. Bukan sebab untuk ambil exam je. Jangan jadi macam...... Ibu dye. Hahaha~ Aku nak bekalkan makanan untuk dye untuk waktu rehat. Nak ajar dye jangan malu bawak bekal ke sekolah. Atuk dulu pun bawak bekal sampai pencen. Bawak bekal, insyaAllah kualiti makanan yang Ibu masak, Ibu jaga betul-betul. Walaupun Ibu kau tak de lah pandai masak. Tetapi sekurang-kurangnya kebersihan Ibu kau akan jaga. Aku nak ajar dye berapa kalori yang badan dye perlukan, dan kira kalori dalam makanan yang dye ambil. So kalau dah tahu kalori nasi lemak, kau nak makan tiap hari, kau makanlah. Asalkan jangan selalu sangat berlebih. Aku nak ajar dye, bawak bekal tu menjimatkan. Boleh tabung duit belanja untuk beli rumah bila dah besar nanti. Maklumlah, sekarang pun rumah harga RM400 000. Zaman kau, tengok lah nanti camne. Duit beli rumah je ke? Pergi Haji takde? Pergi Haji kau tabung duit gaji kau dah kerja sendiri nanti lah. Tapi kalau kau nak beli makanan Mak Cik kantin pun tak pe. Sebab Kementerian Kesihatan dah hadkan penjualan nasi lemak. Aku nak jadi orang yang bertanggungjawab memastikan anak balik dari sekolah dengan selamat. Sambil dalam perjalanan berborak dengan dye. Apa dye belajar. Berapa banyak kerja sekolah cikgu bagi. Rehat tadi makan ke atau buang bekal yang Ibu bagi. Kalau buang, beli makanan apa kat kantin? Sedap ke tak. Hehehe~




Bila dah remaja. Aku nak jadi kawan baik anak-anak Aku. Kalau kena main futsal ngan dorang pun Aku akan join..... sokong. Aduy~ Ibu kau ni tak minat lah sukan-sukan ni. Tengok boleh la. Sebab tu berlemak. Hahaha~ Aku nak jadi orang yang gelak dengan lawak dye. Walaupun lawak ke tak, entah. Aku nak jadi orang yang setia mendengar setiap complain dan aduan rakyat dye. Aku nak jadi orang yang sama-sama berfikir untuk selesaikan masalah rakyat dye. Aku nak jadi orang yang sama-sama akan ke mana sahaja dye pergi. Duk kat belakang kelas tu melampau la der... Aku nak jadi PA dye. Aku nak tau aktiviti dye. Dengan siapa dye berkawan. Kemana dye pergi. Kalau kena jadi driver dye pun tak pe. Sekurang-kurangnya Aku tau dye selamat sampai dan balik. InsyaAllah. Aku bukan nak kongkong. Cuma nak jadi kawan baik selamnya (BFF) dye je.

Bila dah besar. Jangan suka-suka mainkan hati orang (malas nak terang panjang-panjang). Kan ibu dah ajar, Allah Maha Berkuasa. Kalau dye nak kahwin. Kahwin la kau. Pastikan cari laki yang macam/bukan Ayah kau. Sebab Aku pun tak tahu lagi siapa suami Aku. Siapa bakal Ayah kepada anak-anak Aku. Hehe~ Cuma Aku tahu Aku nak jadi Ibu yang macam mana. :D

Macam tu rugi la kau belajar sampai degree. Kalau laki kau tinggalkan kau. Tak pun mati awal, camne? Dah.... Ni jodoh dan ajal. Mana Aku tahu. Sebab tu Aku belajar sampai ada degree. Kalau dye tinggalkan atau mati awal. Taknak lah camtu. Nauzubillah. Tapi kalau ditakdirkan begitu, degree tu lah akan Aku guna untuk cari kerja tampung anak-anak Aku nanti. Aku percaya setiap ujian yang Allah bagi tu ada hikmahnya. Kita tak nampak dye datang. Tapi orang yang bersabar akan dikurniakan ganjaran besar oleh Allah. Kerana itu janji Dia.

Sayang lah kau tak kerja. Tak merasa gaji sendiri. Nak shopping. Eh~ Sebelum kahwin, sebelum ada anak ni Aku kerja lah. Kan rasa tu gaji sendiri. Shopping. Sebab tu Aku pilih yang mampu tanggung Aku. Tapi Aku nak shopping apa pun. Nak baju banyak-banyak cantik-cantik? Duduk rumah masak, mengemas, jaga anak takkan kau nak pakai dinner dress? Lagi pun nafsu Aku sekarang more to makan. Hehehe~ Haa, lagi satu. Kalau nak sangat kerja. Banyak je orang business online sekarang. Tu pun boleh jadi alternatif. Tapi Aku malas lah nak kerja. Aku nak fokus kat manusia - Anak! Hee~ Tengoklah nanti macam mana, kalau ada business yang menarik perhatian Aku. Malas~

Conform laki kau lari kalau balik asek tengok bini pakai baju macam orang gaji. Astaghfirullah.... Pakai baju pun agak-agak la. Untuk tatapan suami kan ustaz ajar kena jaga penampilan. Laki ajak shopping tu pandai-pandailah pilih baju cantik. Tapi kena untuk setiap masa. Well. Lelaki sekarang kan banyak kahwin dengan maid. Hehehe~




Perghh~ Cita-cita kau tinggi nak jadi Ibu mithali. Hahaha~ Entah lah. Tu cuma angan je. Tapi masih boleh jadi kenyataan kalau Allah izinkan. Semua tu bergantung pada rezeki Allah juga. Semua orang nak yang terbaik. Aku bukan anak yang baik. Aku bukan anak yang patuh sangat kat Mak Ayah Aku. So, Aku cuba berangan untuk jadi Ibu yang baik. Supaya nanti dorang tak de lah ikut macam Aku.

Kau nak anak kau jadi anak yang baik, tapi kau sendiri bukan anak yang baik. Camne? Aku ni. Nak kata percaya, tak de lah percaya sangat dengan hukum karma. Sebab Aku percaya bahawa mereka yang lakukan kebaikan akan diberi ganjaran, yang melakukan kejahatan akan dihukum.

Maksud kau? Maksud Aku. Karma terjadi bila kau buat kejahatan tapi kau tak menginsafi. Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Kalau kau buat jahat, dan tak reti bertaubat. Dia hukum kau di dunia (kononya karma), petanda Dia masih sayangkan kau. Kalau kau buat jahat dan insaf, Dia akan maafkan. Dia sentiasa menerima taubat hambaNya. Semua orang ada peluang untuk memperbaiki diri. Yakinlah pada Dia. Dia menetapkan sesuatu itu dengan rancangan yang sebaik-baiknya.

Kau cakap senang la. Tengok nanti kau dah ada anak. Merungut ke tak. Haha~ Merungut tu Aku pasti, mesti Aku merungut. Sebab Aku tau Aku orang jenis tak bersyukur. Tengok, belum ada anak pun Aku dah demand nak jadi macam ni, nak buat macam tu. Sebab tu Aku plan Aku nak jadi Ibu yang macam mana. Supaya boleh ingatkan apa yang Aku nak. Merancang dan melaksanakan dua tugas yang berbeza. Pasti melaksakan itu lebih susah, lebih mencabar. Tapi bila dah ada guide line, kau sendiri akan sedar bahawa cabaran itu adalah tanggungjawab kau untuk hadapi. Anak-anak Aku, Aku yang corakkan. Anak-anak kau, kau yang corakkan. Sebab tu Aku kena plan apa Aku nak buat. Aku kena plan macam mana dorang akan membesar.

Tapi tu hidup anak kau, biarlah dorang sendiri yang tetapkan dorang nak jadi apa. Memang lah. Sedangkan dorang belajar berjalan pun, dorang sendiri yang kena tatih. Aku mencorakkan keperibadian anak-anak  Aku. Apa cita-cita dorang, dorang pilih lah sendiri. Aku ajar dorang agama dan dunia sebaiknya supaya dorang menilai yang mana baik dan buruk. Cuma Aku harap dorang jangan jadi artis, sebab Aku tak suka konsert. Hehe~ Nauzubillah. Aku harap dorang tak jadi pandai untuk menindas orang lain.

Ada soalan lagi? Penat dah Aku tanya, Aku jawab. Hahaha~ Bagi tips pun boleh. Terima kasih.

:D



3 comments:

Paradise said...
This comment has been removed by the author.
Paradise said...

Bermimpilah tentang apa yang kamu inginkan, pergilah ke tempat-tempat yang kamu ingin pergi, jadilah seperti apa yang kamu inginkan kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan -Imam Al-Ghazali-

[AMR]ReenaRawee said...

baik chek~