My Mood . My Hope . My Pray .

7th August, 2014 : Hello there! It's been a long time. Miss me? *muntah hijau*

10th Oct, 2011
: Yey! LI dah nak habis. So, presentation, log book & report. Mana? Entah... Hehehe~

Friday, July 1, 2011

Aku, Guard, dan Asik-asik Interview!

Setelah mendengar penerangan Puan Mlinda Rabu kelmarin, hari ni dengan yakin diri Aku pergi interview kat Pelabuhan Utara sana. Untunglah Aku tak tengok Transformers lagi. Sini pun banyak je spisis Optimus. Cumanya Optimus warganegara Malaysia ni jujur. Tak da dua muka macam Bumble Bee sana tu. Cess~


Kalau dapat kerja, ni lah kawan jalanan Aku nanti.


Punya lah dari 2.30 petang, pukul 4.00 baru Aku dapat keluar dari pejabat tu. Hamboi~ Pejabat bukan main cantik, banyak meja, tapi orangnya tak da. Staff sikit la maksud Aku. Hish~

Aku keluar rumah pun pukul 1.50 tengah hari, tak sangka pulak 15 minit aja nak sampai tempat tu walaupun bawak 60-80 km/jam je. Sampai je kat pintu utama, ada lori di depan. Aku ingat pak cik yang Aku nampak tu Pak Guard, rupanya pemandu lori. Dialah yang tanda kat buku rekod, dia jugak lah yang bukak pintu pagar. Dah lepas pak cik lori tu masuk, tengok macam tak da orang, (dah la dengan cermin pondok pengawal bukan main gelap, tinted memang tak lepas JPJ lah) Aku pun masuk.

Masuk dengan sopannya, parking kereta kat tepi pondok guard. Aduiy~ Dah la gelap, lubang nak cakap pulak rendah nak mampus. Kena melutut la pulak Aku. Sekali tengok. Hamboiy nye pun! Dua ii orang pengawal tidur nya pun aduiy ai~ Ternganga lah dua-dua tu. Baiklah pergi Solat Jumaat, ye dak? Jadinya Aku nak buat apa ni? Dah la lagi 20 minit baru 2.30 petang. Semangat nok Aku nak di-interview. Hehehe~

Aku pun tunggu dalam kereta. Sampai nampak bayang Abang guard tidur tenganga tadi jaga, Aku terus keluar kereta. Tanya dia office kat mana? Ok, fine! Patutlah kau tak Solat Jumaat! Harap aja muka Melayu, tapi apa Aku cakap satu pun dia tak faham. Sampai guna isyarat tangan, baru lah dia tunjuk arah office. Terima kasih ya bro guard! =="

Dah tu, macam awal sangat pulak sampai. Lepak dulu dalam kereta. Amek air-cond, message2 Naq, cool down dulu semua nebes. Bila dah nampak dari cermin pandang belakang ada dua akak masuk ofis, baru Aku pun masuk. Yela, awal algi kot. Waktu rehat tak habis lagi. Heh~

Masuk-masuk aja, macam biasalah, mestilah kena tunggu dulu kan. Orang Malaysia ni banyak buang masa sebab menunggu aja lah. Hee~ Dah tu, Akak tu datang, suruh isi borang pulak. Aduy bha. Paling nda suka la isi-isi borang ni. Banyak betul tempat kosong. Tapi borang dia lah paling kemas setakat ni yang pernah Aku jumpa isi.

Dah lepas je isi borang, Aku dipanggil. Ingatkan nak kena interview. Sekali dibawa ke komputer, mau di-test-nya English and kemahiran guna Words Aku. Fuh. Dah rasa macam isi borang daftar diri je tadi. Geh~ Kena pulak soalan macam soalan exam.


"Write NOT LESS THAN 250 WORDS
in 30 minutes..
Bla bla bla.
Answer one of the questions given,
bla bla bla"


Aduy~ Sekali Aku tak terbaca ayat yang suruh jawab satu soalan tu je. Kena tegur ngan Akak tu. Alalalaa~ turun dah confident Aku. Dasar budak tak boleh ditegur! Hahahha~

Dah lepas tu, disuruhnya Aku print pulak 2 pages. Dah elok print, akak tu tegur lagi..

"Awak tak isi nama, ***Rina..."

"Tu la, saya baru perasan...." Sambil senyum kambing je mampu Aku bagikan.

Dah tu, print lagi. Then tunggu di depan, tempat Akak receptionist tu balik. Lepas tu Akak tu panggil lagi. Kali ni masuk meeting room pulak.

Dia pun cakap cakap bla bla bla. Dia terangkan ok, bukan suruh Aku berambus. Tetiba, lepas lima minit gitu, masuk lagi sorang Akak... "Sorry lambat". Punyalah sopan kan? Akak ni mengandung. Hahaha~

Bila dia masuk, Aku tak rasa pape pun. Sebab Akak first tu dah nampak baik, suara lembut. So takde la Aku macam dijerkah. Akak Mengandung ni pun muka sweet gitu. Mangandungkan..... Kang wat jahat, melekat kat anak pulak. Ok. suka hati Aku buat ayat camtu. Hoh~ Sorry sorry.

So, Akak Mengandung ni bagi sikit briefing pasal kerja yang akan Aku buat kalau dapat kerja kat situ, sebab Aku akan ganti dia. Paling lama 5 bulan. So, lebih kurang 3 bulan dia akan ajar Aku, 2 bulan lagi dia pergi beranak! Hahaha~  Ok. Aku harap dapat kerja tu, and dapat sesuaikan diri dan jadi pekerja terbaik kat situ!

Oiy! Jangan nak berangan la. Tak conform dapatnya lagi ok.......

Haisy~ Tu lah. Ingatkan hari ni datang, kena interview ngan Akak tu je, minggu depan boleh dapat jawapan. Rupanya Isnin kena datang lagi untuk di-interview dengan dua bosses dorang lagi. Aiyo~

So, I am,
1. Praying I won't get too nervous.
2. Praying that the interview will run smoothly.
3. Praying the interviewer will happy to see me again in the company.
4. Praying they will raise up the offer salary. Duhh~ Belum pape dah demand.
5. Praying all the best for me. 
6. Praying that I will get the job.

Amin. Plus, you too, please pray for me. Thank you.

:)




0 comments: