My Mood . My Hope . My Pray .

7th August, 2014 : Hello there! It's been a long time. Miss me? *muntah hijau*

10th Oct, 2011
: Yey! LI dah nak habis. So, presentation, log book & report. Mana? Entah... Hehehe~

Saturday, July 9, 2011

KUNING Is The New Black!

Tajuk tak sedap. Nah kasi yang baru.

KUNING WARNA DIRAJA. RAJA ITU SANG RAKYAT!

Hahaha~ Masa empat hari lepas, aQ guna gambar ni untuk FB Aku.




Kiut kan robot Aku? Hehe ye la bukan Aku punya. Bumblebee. Masa guna Bumblebee as profile picture, tak da sapa kesah. Bila semalam Aku guna gambar ni pulak.




Fuh~ Cantikkan? Kena dengan Dan Daisy. Tapi masih mereka tak kisah. sehinggakan Aku post ayat ni di status;





"Apapun yang terjadi,
kami berharap kesemua jiwa dan hati yang diperangkap akan dibebaskan, memancarkan sinar cemerlang kemanusiaan"
- para seniman Malaysia-





Fuh~ berderau darah yang membacanya, yang menentang BERSIH 2.0. Hahaha~ Aku tabik spring la dengan A. Samad Said.


"Saya fikir puisi sekarang sudah diterima sebagai alat berkesan sebagai senjata.
Dulu puisi ini untuk menghibur-hiburkan sahaja, sekarang rupanya puisi sudah mendapat perhatian yang sangat luar biasa".


Ya. Penulisan sekarang sangat pedih bila yang membaca, ohh tajamnya pena. Pedas giler you mamee kari berapi. Super hot! SSssss~ Hahaha~

Oh come on, kita pasti saudara seIslam walaupun pandangan berbeza. Saya bercakap dari hati. Jadi, tidak perlu dipersoalkan lagi, takut nanti menunujukkan 'keikhlasan' hati awak pulak, YB.

Dan kita pasti saudara seIslam walaupun cara hidup kita berbeza. Jangan hanya memperjuangkan Melayu, tetapi kehidupan Islam tidaklah segah perjuangan mempertahankan Melayu, ye YB.

Agama didahulukan, perkauman jangan diperlekeh-lekehkan.

Saya lebih suka kalau YB bukan Melayu sekalipun, tetapi masih Islam kerana Islam itu Indah. Dimanalah silapnya kaum, jika mereka lahir di Malaysia, tetap jugalah rakyat Malaysia. Merdeka Malaysia, bukan hanya Melayu sahaja yang mengangkat senjata. Membangun Malaysia, bukan hanya Melayu sahaja yang menjulang namanya.

Jika dahulu 13 Mei terjadi kerana halnya perkauman. Kenapa perlu dikaitkan lagi dengan isu perkauman jika betul inginkan keamanan, kan YB?

Kita memperjuangkan agama, bukan kaum semata. Agama yang perlu didahulukan. Jika awak Cina atau India, Michael Jackson sekalipun, jika Islam, agamalah yang diperjuangkan. Adil itu diajar oleh agama kita, Islam. Allah mencipta pelbagai kaum untuk kita saling berkenal-kenalan. Jangan kita pula berani memburuk-burukkan mereka. Jangan ditentang ciptaan Allah, setiap ciptaanNya itu Indah. 

P/S: Bila bercakap tentang politik, berfikir. Bukan bercakap dengan emosi. Tidak perlulah ayat carutan semua. Menampakkan nanti dimana status anda. Juga ingat, BERSIH 2.0 tiada kena mengena dengan mana-mana parti politik. Mungkin diterajui oleh pembangkang. Tapi kenapa tidak disertai sahaja oleh parti kerajaan, walaupun telah dijemput sama untuk menyertai? BERSIH 2.0 hanya menuntut untuk pilihan raya yang bersih. Bukan menggulingkan kerajaan. Beranilah jika Anda benar.


Location changed to Dataran Merdeka --> Istana Negara.


Aku rasa kalau kedua pihak sertai, mesti takkan ada roadblock yang dari dua tiga hari lepas yang buat rakyat 'lembap' tu.. Bukan main, nak sambut merdeka pun tak de roadblock2, polis tengok-tengok bagai masa 29 dan 30 Ogos tu. Kalau kerajaan join, boleh buat macam program 1Juta Belia. Tak pun 1Murid 1Sukan 1Malaysia. Haa gitu. Kan kiut-kiut je tu. Takmo gaduh-gaduh eh.

BERANI kerana BENAR,
TAKUT kerana SALAH.


:D



0 comments: