My Mood . My Hope . My Pray .

7th August, 2014 : Hello there! It's been a long time. Miss me? *muntah hijau*

10th Oct, 2011
: Yey! LI dah nak habis. So, presentation, log book & report. Mana? Entah... Hehehe~

Friday, July 1, 2011

Si Seksi, Si Suami, Si Isteri Mengandung, Si Masyarakat dan Si Kerajaan.

Baru-baru ni Aku jalan-jalan kat pusat membeli-belah terkemuka kat Malaysia. Eh, baru-baru ni tu berapa baru? Ikut kau la. Lain orang lain pemahaman dia tentang jangka masa ni. Sebab Aku guna jam biologi je. Muahaha~ Ok. Masa kat pusat membeli-belah terkemuka tu, ... Jap jap. Sorry. Aku tak tahu apa nama pusat beli-belah terkemuka tu. Geh~ Ok. Sambung.

Masa dalam pusat beli-belah terkemuka tu, waktu tu ramai orang. Padahal Aku tak ingat lagi kalau waktu tu hujung minggu. Haih~ Masa tengah jalan-jalan, Aku berselisih dengan satu pasangan ni. Pasangan dah kahwin la pada pandangan Aku, sebab perempuan sebelah lelaki tu tengah mengandung. Perut dah besar bhai.. Mau tujuh lapan bulan kot perut camtu. Tak pun, kalau banding dengan perut kakak Aku dulu, mesti Akak tu mengandung anak kembar. Apahal tah, sejak bermenjak-menjak ni, Aku suka tengok orang yang bawak baby. Kiut kiut aja. Walaupun Aku tak nampak pun baby Akak tu padahal.. =="

Ok. Jadinya, masa berselisih tu, Aku pandang la pasangan ni. Sebab nampak kiut aja. Lepas tu Aku tengok laki dia. Sebenarnya Aku lagi tertarik tengok kat laki dia. Bukan sebab laki dye kacak atau tak. Sebabnya pun Aku tak ingat macam mana muka laki dia. Tapi Aku tengok laki dia sebab laki dia asyik dok tengok perempuan lain. Sepanjang berselisih tu, dia dok usya baik punya perempuan depan Aku. Padahal bini tengah sarat kat sebelah.

Aku tau la perempuan depan Aku tu lawa, body cantik, seksi. Tapi isteri Abang tu kat sebelah kot. Macam sekaligus nampak macam lelaki tu curang time jalan sebelahhhhh aja dengan isteri dia kan?

Jadinya, bayangkan kalau kantoi?


"Hang dah tahu dah kahwin, baru nak dapat anak sulung (agaknya la sebab muda lagi dan tak da budak kecik lain) dah gatai pandang pompuan lain. Bini hang kat sebelah aja pulak tu.
Dasar lelaki miang!"
- suara majoriti perempuan yang konon-konon kesian kat Akak tu -
- mungkin juga suara dari Mak Mertua laki tu -


"Hang mentang-mentang anak dara, muka lawa, body lawa, hang pakai seksi-seksi na.
Lepas tu hang tengok apa laki Akak dah buat kak Akak? Sebelah-sebelah aja dia berani curang bila hang lalu."
- suara rintihan Akak mengandung sambil usap perut boyot -


"Eh, ikut suka sayalah. Hak saya kan nak pakai apa pun. Laki Akak tu yang tek reti jaga mata. Dah tau dah ada bini, lagi nak toleh-toleh tenung-tenung saya apa pasai?"
- perempuan cantik, body lawa, seksi -


"Dah dia pi tayang semua yang dia ada, buat pa? Dah tau memang tu yang semua laki suka. Hangpa nak salahkan cek apasal? Dia yang suka bangga dok tayang-tayang. Bila orang pandang,
salahkan kita pulak."
- laki Akak mengandung-


"Ya Allah, ampunilah dosaku. Sesungguhnya Aku insan yang lemah"
- Aku -


Ni hanya satu dialog yang mungkin keluar dari semua pihak, bila andaikata terkantoi.


Persoalan terbesar sekarang, siapa yang harus disalahkan?

(A) Orang ramai, sebab tak besarkan anak-anak dengan didikan agama secukupnya.

(B) Akak mengandung, sebab siapa suruh dia tak belikan kondom untuk laki dia. Sekarang dah mengandung, kan body dah tak lawa, nak pakai seksi kang orang cakap tak siuman!

(C) Perempuan cantik, body lawa, seksi, sebab pakai pakaian seksi, tarik perhatian lelaki.

(D) Laki Akak tu, sebab gatal gi tengok perempuan cantik, body lawa, seksi. Tak ingat bini kat sisi.

(E) Aku, sebab tak tegur perempuan cantik, body lawa tu supaya jangan seksi. Sebab tu tanggungjawab Aku untuk tegur dia sebagai kawan Aku.

(F) Kerajaan, sebab tayang cerita Piranha waktu bulan Ramadhan tahun lepas.


Jadinya, siapa yang kau rasa salah?

Aku pakai pun tak muslimah mana. Baju pun.. Seluar pun.. err~ Tudung pun tudung Yuna. Feuww~ Tapi pandangan Aku, Aku perlukan pandangan orang lain walaupun sebenarnya tak perlu. Sebab dah terang-terang perempuan WAJIB tutup aurat. :(



0 comments: